Monday 30 April 2012

Selamat Hari Buruh 2012




Salam 1 Sepanggar dan Salam 1 Hari Pekerja.Wow sudah sampai masanya hari kebesaran untuk semua pekerja di seluruh Dunia khasnya dan amnya Di Malaysia.Sempena Sambutan Hari Buruh Tahun ini jum kita sama sama baca perutusan yg telah di bacakan oleh YB Dato Sei Najib Tun Rajak Pada 30 april 2012..jum

Gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 bagi semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak.  Pengumuman gaji minimum sektor swasta telah dibuat oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dalam perutusan Hari Pekerja 2012 di Putrajaya 30 April 2012.
Ini bermakna gaji minimum kebangsaan bagi pekerja swasta sebanyak RM4.33 sejam (RM900 sebulan) untuk Semenanjung dan Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM3.85 sejam (RM800 sebulan).
Gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.
Pelaksanaan gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Pelaksanaan gaji minimum ini berkuat kuasa 6 bulan dari tarikh perintah gaji minimum diwartakan.

Terima Kasih Kepada Perdana Menteri Kita walaupun amaun yg telah diwartakan tersebut memang tidak mencukupi dimasa zaman sekarang ni tapi ia cukup berbaloi juga untuk pekerja yg baru memulakan kehidupan yg baru tanpa mempunyai pengalaman..Terima Kasih Sekali Lagi..apa pendapat anda?

0 comments:

Post a Comment